FAQ

SOALAN LAZIM

Adakah Baraka (Habbatus Sauda) produk Malaysia? 
Tidak, Baraka (Habbatus Sauda) diimport terus dari Mesir. 

Bagaimanakah pembuatan produk ini? Adakah memenuhi piawaian yang ditetapkan? 
Produk ini telah memenuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh GMP (Amalan Pengilangan Baik). GMP ialah garis panduan yang perlu dipatuhi oleh pengeluar produk bagi menjamin kualiti, ketulenan, keselamatan dan keberkesanan produk. 

Adakah ianya mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia?
Ya. Ianya telah mendapat kelulusan dari pihak berkuasa Kawalan Dadah, Kementerian Kesihatan Malaysia dan disertakan dengan hologram di setiap kotak.

Bagaimana cara pengambilan Baraka (Habbatus Sauda) bagi golongan dewasa? 
Pengambilannya adalah 2 hingga 3 kapsul sehari dari peringkat umur 12 tahun ke atas (450mg). 

Bagaimana cara pengambilan Baraka (Habbatus Sauda) bagi golongan kanak-kanak yang berumur bawah 12 tahun?
Kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun, pengambilannya adalah 1 kapsul 2 kali sehari (100mg). 

Adakah terdapat sebarang kesan sampingan apabila mengambil produk ini? 
Tiada kesan sampingan yang diketahui. Baraka mengandungi minyak Habbatus Sauda yang tulen dan bebas dari sebarang bahan pengawet. 

Bolehkah Baraka (Habbatus Sauda) diambil oleh wanita hamil? 
Sila dapatkan nasihat daripada doktor. 

Bolehkah pengidap penyakit kronik seperti diabetis, darah tinggi, dan kencing manis mengambil ubat penyakit kronik dan dalam masa yang sama mengambil Baraka (Habbatus Sauda)? 
Boleh. Tetapi mereka perlulah mengambil Baraka (Habbatus Sauda) sejam selepas mengambil ubat penyakit kronik dan mereka juga masih perlu meneruskan rawatan pakar. Sila dapatkan khidmat nasihat daripada doktor dahulu. 

Apakah kandungan di dalam kapsul Baraka (Habbatus Sauda)? 
Dalam setiap kapsul Baraka terkandung lebih 100 komponen asli Habbatus Sauda. Antaranya Minyak Saponins, Alkaloids, Asid Amino, Kalsium, Zat Besi, Sodium, Potasium dan serat.