HABBATUSSAUDA



Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan dikawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat mengenai kelebihan dan khasiat habbatus sauda ini.

Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan dan mempunyai banyak kelebihan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut,tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda
dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” 
(HR.Bukhari, Muslim)


Ciri-Ciri Utama Habbatus Sauda
Ia adalah sejenis rumput yang berwarna hitam dan bermusim tahunan dan ia termasuk dalam jenis Nigelle Lan Ramunculus dan tumbuh di Mesir dan di negara-negara Laut Tengah dan India.

Terdapat 14 Hadis Sahih tentang kehebatan dan kelebihan habbatus sauda', di antaranya:

Dari Abu Salamah ra dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Gunakan habbatus sauda' kerana di dalamnya terdapat ubat dari segala macam penyakit kecuali As-Sam (maut)".

"Sesungguhnya, Habbatus Sauda' dapat menyembuhkan segala macam penyakit, kecuali As-sam." Saya bertanya: "Apakah as-sam itu? "Baginda menjawab: As-sam (maut) !"

Abu Hurairah r.a. berkata bahawa dia pernah mendengar Rasullah S.A.W. bersabda : "Tetaplah kamu dengan habbatus sauda' kerana sesungguhnya ia mengandung ubat bagi segala penyakit, kecuali as-sam atau mati."

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasullah S.A.W telah bersabda: "Pada al-Habbah al-Sauda' terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali as-sam." Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Muslim, Bukhari dan Ibnu Majah. Dan hadis ini tercantum dalam himpunan hadis-hadis sahih nombor 857.


Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), 
Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), 
Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatussauda dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek.